top of page

Pungutan Derma Ikhlas untuk mangsa Kebakaran Gerai

  • nabalunews
  • Mar 18
  • 1 min read


18 Mac 2025


KOTA BELUD: Satu kebakaran telah berlaku pada jam 1.30 tengah malam, mengakibatkan musnahnya gerai perniagaan milik Sipaun @ Sanggur Bin Borukon. Kejadian ini memberikan kesan yang besar kepada keluarganya, yang kini berdepan dengan kerugian yang serius akibat musibah tersebut.


Sebagai tanda sokongan kepada keluarga En. Sipaun, satu pungutan derma ikhlas telah diadakan untuk membantu meringankan beban mereka serta memberikan sokongan emosi dalam masa yang sukar ini. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg. Sarang, Dinchin Bin Bakar, mewakili keluarga En. Sipaun dan Puan Jaunah, mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah menunjukkan keprihatinan.


“Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul,” ujar Dinchin Bakar. Beliau juga menambah bahawa sumbangan dalam bentuk wang tunai boleh disalurkan terus kepada En. Sipaun bagi mereka yang ingin memberi secara peribadi.



Maklumat Akaun Pungutan Derma:

No. Akaun: 1210829825979189

Nama: Jaunah Delisoh

Bank: Bank Simpanan Nasional (BSN)


Sehingga kini, punca sebenar kebakaran masih belum disahkan oleh pihak Forensik Bomba Kota Belud, dan kerugian masih dalam proses penilaian.

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page