top of page
nabalunews

Pusat Khidmat Parlimen Penampang sampaikan bantuan membaiki rumah untuk mangsa pokok tumbang

13 September 2024


PENAMPANG: Pusat Khidmat P.174 Parlimen Penampang meneruskan usaha membantu golongan yang memerlukan termasuk mangsa bencana alam di kawasan Penampang.


Semalam, Pusat Khidmat P.174 Parlimen Penampang menyerahkan sumbangan bantuan peralatan membaiki rumah kepada Louren Ginduol, isteri kepada Alizan Ismail selepas zink rumah mereka rosak akibat ditimpa pokok di Kampung Baru, Luyang.


Sumbangan ini disampaikan oleh Ketua Pegawai Perhubungan Pusat Khidmat P.174 Parlimen Penampang, Bryan Matasing yang melawat rumah keluarga berkenaan bersama kakitangan sepejabatnya Charles Liew.


Turut hadir, Ketua Cawangan Kampung Baru Luyang UPKO Penampang, Jenson Masuin.


Bantuan ini adalah satu inisiatif yang bertujuan untuk meringankan beban mangsa bencana agar mereka kembali menjalani kehidupan harian dengan lebih selesa.


Golongan inilah yang sentiasa dibantu Pusat Khidmat P.174 Parlimen Penampang bagi memastikan tiada warga Penampang yang terpinggir dari menerima bantuan.

Σχόλια


bottom of page