Pusat Khidmat Parlimen Penampang teruskan komitemen bantu masyarakat setempat
20 November 2024
PENAMPANG : Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick meneruskan komitmen untuk memenuhi keperluan komuniti di kawasan Penampang melalui pelbagai inisiatif yang inklusif, tanpa mengira latar belakang agama dan budaya.
Pada Isnin, 18 November lalu, satu majlis penyerahan sumbangan kerusi daripada Ewon kepada Masjid Kampung Baru Luyang telah diadakan.
Sumbangan ini adalah inisiatif Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk manfaat dan kesejahteraan masyarakat setempat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.
Sumbangan kerusi tersebut telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Perhubungan Pusat Khidmat P.174 Penampang, Bryan Matasing, bersama-sama dengan kakitangan di Pusat Khidmat itu, Charles Liew.
Turut hadir, Ketua Cawangan UPKO Kampung Baru Luyang, Penampang, Jansen Masuin yang mengiringi rombongan dalam perjalanan ke masjid.
Kerusi-kerusi yang disumbangkan diharap dapat memberikan keselesaan dan manfaat kepada jemaah masjid, khususnya untuk aktiviti ibadah dan majlis komuniti.
Kommentarer