Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tuaran anjur Hari Bumi peringkat Tuaran pada 22 April depan
- nabalunews
- Apr 18, 2025
- 1 min read

18 April 2025
TUARAN: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tuaran akan menganjurkan Sambutan Hari Bumi peringkat daerah Tuaran pada 22 April depan.
Program yang dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tuaran, Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut disertai pelbagai agensi kerajaan dan swasta.
Antara pengisian program berkenaan adalah aktiviti penanaman pelbagai jenis anak pokok, pertandingan melukis poster dan pameran berkaitan alam sekitar.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata, aktiviti penanaman benih pokok diadakan serentak melibatkan kira-kira 29,000 pelajar sekolah rendah dan menengah meliputi enam Zon di seluruh daerah Tuaran.
“Antara lokasi penanaman termasuklah di tebing-tebing sungai serta kawasan – kawasan yang berisiko mengalami hakisan dan tanah runtuh termasuk di kawasan persekitaran sekolah.
“Sambutan Hari Bumi ini turut menyasarkan dua ciptaan rekod untuk dimasukkan ke Malaysia Book of Records (MBOR) iaitu penanaman pokok Baccaurea Lanceolata (Liposu) terbanyak iaitu melebihi 8,800 pokok.

“Satu lagi rekod yang ingin dicapai adalah penanaman pokok Liposu secara serentak oleh 87 buah sekolah rendah dan menengah Daerah Tuaran di lokasi masing-masing,” katanya.
Selain sebagai sebuah usaha untuk menyemarakkan sambutan Hari Bumi, program ini juga diadakan bagi memberi kesedaran peri pentingnya penanaman pokok bagi menjaga ekosistem alam semula jadi sekali gus mampu bertindak sebagai tebatan banjir yang lestari dan berkesan.
Majlis perasmiannya akan disempurnakan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia, Datuk Seri Huang Tiong Sii di Pusat Kokurikulum Sabah Kem Malangang Kiulu.

Dijadual hadir sama, Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat.


















Comments