top of page

Rakyat Malaysia jangan henti bicara tentang Palestin – Anwar

  • nabalunews
  • Aug 5, 2024
  • 1 min read



5 Ogos 2024


BUKIT JALIL: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat di negara ini agar tidak berhenti memperjuangkan nasib rakyat Palestin.


Jelasnya, Malaysia antara negara paling konsisten dalam memperjuangkan kebebasan rakyat Palestin sejak dahulu lagi.


“Saudara jangan henti bicara setiap hari mengenai Palestin, jangan berhenti bersedekah meringankan beban rakan kita di Palestin.


“Malaysia terletak di peta sejarah negara konsisten dan sungguh-sungguh perjuangkan rakyat Palestin,” katanya ketika menyampaikan Pidato Pembebasan Palestin di Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena, di sini semalam.


Menurut laporan Buletin TV3, atas mandat yang diberikan, beliau akan meneruskan usaha sedaya upayanya dalam membela nasib rakyat Palestin.


“Kita akan teruskan usaha ini, saya tidak mahmpu bicara panjang ini kisah tragedi.


“Insya-Allah dengan mandat diberikan rakyat Malaysia saya akan lakukan sedaya udpaya membantu membela nasib mereka (rakyat Palestin),” katanya lagi.


Kira-kira 15,000 peserta menyertai perhimpunan ini.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page