top of page

RASUAH: SPRM TAHAN 467 PENJAWAT AWAM TAHUN LALU

  • nabalunews
  • Jan 18, 2021
  • 1 min read

ree

18 JAN 2021


KUALA LUMPUR: Sepanjang tahun lepas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 467 penjawat awam atas pelbagai kesalahan rasuah.


Menurut statistik tangkapan yang dipaparkan oleh laman web rasmi SPRM hari ini, jumlah itu melibatkan 349 individu daripada kumpulan sokongan; pengurusan dan profesional (109) dan kumpulan pengurusan tertinggi (9).


Angka itu menunjukkan penurunan berbanding 525 penjawat awam yang ditahan atas kesalahan terbabit pada 2019.


Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata penglibatan penjawat awam dalam pelbagai kes rasuah amat membimbangkan dan isu integriti serta salah guna kuasa tidak boleh dipandang remeh sebaliknya perlu diberi perhatian serius kerana usaha untuk membaiki budaya negatif dalam sektor awam mesti dilakukan secara dalaman.


Ekoran itu, Azam meminta penjawat awam agar bekerjasama dengan SPRM untuk menangani isu itu dengan menjadi pemberi maklumat atau whistleblower. -Bernama

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page