top of page
Wartawan Nabalu News

REFORMASI PENGAMBILAN GURU BAGI SELESAIKAN LAMBAKAN GRADUAN PENDIDIKAN



28 April 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Tuaran Datuk Wilfred Madius Tangau mendesak kementerian-kementerian berkaitan supaya mempertimbangkan dengan serius pemindahan kuasa dari persekutuan kepada pihak berkepentingan tempatan.


Beliau bekata, ini untuk mengelak peningkatan kadar lambakan graduan dan mengekalkan kecerahan masa depan guru muda di negara ini.


"Tahap pengangguran lulusan pendidikan kian meningkat walaupun kadar keperluan guru di sekolah semakin meningkat.


"Polemik ini dapat diselesaikan melalui reformasi struktur melalui devolusi kuasa kepada peringkat tempatan.


"Kewibawaan pentadbiran mesti dikendalikan oleh pihak pentadbiran sekolah kerana mereka lebih mengetahui keadaan sebenar dan keperluan skolastik di peringkat tempatan. Walaupun begitu, proses pentadbiran seperti pengambilan guru mesti mendapat kelulusan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk berkoordinasi dengan sistem pentadbiran pendidikan kebangsaan," katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini.


Madius berkata, Kementerian seperti JPA, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) harus bekerjasama menyelaraskan institusi guru mengikut kelayakan akademik.


Beliau berkata, kementerian tidak boleh bekerja secara silo, jika tidak, mereka akan dibebankan dengan risiko ketidakcekapan, sehingga mengorbankan pekerjaan dan kehidupan ribuan lulusan pendidikan.


"Sekiranya mekanisme yang mahir gagal dibentuk, kerjasama di bawah bumbung yang sama dapat menjadi jalan penyelesaian efektif dalam menghilangkan percanggahan antara kementerian dalam kerajaan.


"Selain itu, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) mesti memperbaiki sistem pengambilan guru sedia ada untuk memasukkan opsyen minor yang diperlukan oleh sekolah-sekolah supaya pelajar dapat memilih pilihan relevan dan menjadi calon yang lebih sesuai dipilih untuk mengajar di sekolah," katanya.



Comments


bottom of page