top of page

Remaja Cedera Diserang Anjing Liar

  • nabalunews
  • Jun 16
  • 1 min read

16 Jun 2025


SANDAKAN: Seorang remaja lelaki cedera selepas diserang anjing liar ketika berjalan seorang diri menuju ke surau di Kampung Kombo Bukit, Sabtu lalu.


Mangsa dilaporkan mengalami luka serius di kaki selepas digigit dan diseret oleh anjing berkenaan.


Remaja berusia 14 tahun itu dilaporkan masih menerima rawatan di hospital dan berada dalam keadaan stabil.


Susulan kejadian itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin menggesa agar isu anjing liar di Sandakan ditangani dari akar umbi.


Katanya, peningkatan jumlah anjing liar perlu dikawal menerusi tindakan menyeluruh, termasuk mengenal pasti punca seperti pembuangan haiwan peliharaan dari kilang dan rumah kediaman.


“Masalah anjing liar perlu ditangani dari punca, termasuk anjing yang dibuang dari kilang atau rumah, yang menyebabkan banyak anjing tidak dimandulkan terus membiak di luar,” katanya.


Menurutnya, aduan mengenai anjing liar mengejar penunggang motosikal, menyelongkar tong sampah dan menyerang pejalan kaki adalah perkara biasa di kawasan ini.


“Majlis Perbandaran Sandakan memang ada menjalankan operasi tangkapan, tetapi jumlah anjing liar yang terlalu banyak kini menjadi ancaman sosial,” katanya lagi.


George turut menyeru orang ramai agar menjadi pemilik haiwan yang bertanggungjawab.


“Jangan buang anjing sesuka hati. Jika anda tidak mampu menjaga, jangan biarkan ia menjadi beban kepada masyarakat,” tegasnya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page