- nabalunews
Remaja hilang seminggu, sebenarnya di rumah rakan
9 Ogos 2024
PENAMPANG : Seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang sejak lebih seminggu lalu sebenarnya berada di rumah rakannya dan telah pulang ke pangkuan keluarga selepas hebahan dibuat oleh pihak polis di media sosial, semalam.
Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton berkata Nicholas Chee Ping, 13 yang sebelum ini dilaporkan hilang telah pulang dalam keadaan selamat ke rumah keluarganya di Putatan, kira-kira 9.25 malam semalam, tanpa sebarang kecederaan.
"Remaja tersebut telah pulang ke rumah setelah satu minggu berada di rumah kawan.
"Remaja tersebut hanya menghubungi keluarganya apabila hebahan dibuat setelah laporan polis dibuat oleh keluarga," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.
Bagaimanapun, Sammy berkata, seorang lagi remaja yang turut hilang iaitu sepupunya Rezlo Mic Fadden Romineo, 15, setakat ini masih belum ditemui.
Kedua-dua remaja itu tidak pulang ke rumah selepas keluar sejak 1 Ogos lalu.
Comments