top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

Rentas negeri aktiviti pelancongan hanya di Langkawi: MOTAC


Gambar hiasan

29 Sept 2021

Oleh Marryan Razan


KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menjelaskan bahawa, buat masa ini kebenaran rentas negeri untuk aktiviti pelancongan hanya dibenarkan melalui Gelembung Pelancongan Langkawi sahaja dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.


Menurut kenyataan Unit Komunikasi Korporat MOTAC, pelancong domestik adalah dibenarkan untuk melakukan aktiviti pelancongan dalam negeri yang sama bagi negeri-negeri yang berada dalam Fasa 2, dan ke atas berdasarkan Pelan Pemulihan Negara (PPN).


“Kebenaran untuk melakukan aktiviti pelancongan adalah tertakluk kepada SOP yang telah diwartakan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN),” kata kenyataan media itu hari ini.


MOTAC mengeluarkan kenyataan itu bagi menjelaskan pengumuman kerajaan berhubung kebenaran melancong dalam negara.


Pada 22 September lalu, Perdana Menteri Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob telah mempengerusikan sidang Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 yang juga Jawatankuasa Tertinggi untuk memutuskan pembukaan sektor ekonomi dan sektor bukan ekonomi.


Beliau menyatakan bahawa, kerajaan akan membenarkan pembukaan pusat-pusat pelancongan, pulau-pulau atau kawasan pelancongan berserta aktiviti rentas negeri dengan syarat negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa (nationwide) berdasarkan data dan analisis yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Kerajaan akan membuat pengumuman rasmi sebaik sahaja mendapat suatu tarikh yang bersesuaian.


Menurut kenyataan itu, berdasarkan rekod Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), sehingga 28 September (kelmarin), sebanyak 85.1 peratus populasi dewasa telah lengkap divaksinasi.


Kommentare


bottom of page