top of page
nabalunews

Ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda hampir seluruh negara hari ini


11 November 2024


KUALA LUMPUR: Hampir seluruh negara dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang hingga pukul 6 petang hari ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).


Di Malaysia Timur, beberapa kawasan di Sarawak termasuk Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan), Bintulu, Miri (Subis, Miri, dan Marudi), serta Limbang dijangka mengalami keadaan cuaca yang sama, manakala di Sabah, kawasan Pedalaman (Sipitang, Beaufort, dan Nabawan) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, dan Kota Belud) turut terlibat.


Met Malaysia menerusi satu kenyataan berkata antara negeri-negeri lain yang terlibat termasuk Kuala Lumpur, Putrajaya, Perlis, Melaka, serta beberapa daerah di Selangor seperti Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat, dan Sepang.


MetMalaysia turut menjangkakan cuaca buruk ini akan melanda Kedah di kawasan seperti Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling, Kulim, dan Bandar Baharu, serta beberapa kawasan di Perak termasuk Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang, dan Muallim.


Di Pantai Timur, kawasan terjejas termasuk Jeli di Kelantan, beberapa daerah di Terengganu iaitu Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun, dan Kemaman, manakala di Pahang, kawasan yang diramal terlibat adalah Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Kuantan, dan Rompin.


Selain itu, Negeri Sembilan turut dijangka terjejas di kawasan Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, dan Rembau, sementara Johor melibatkan daerah seperti Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi, dan Johor Bahru.

Comments


bottom of page