top of page

Ribut petir dijangka berlaku di beberapa tempat di Sabah, Sarawak

  • Wartawan Nabalu News
  • Jan 18, 2023
  • 1 min read

18 Januari 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Beberapa tempat di Sabah dan Sarawak dijangka akan mengalami ribut petir pada petang ini.


Menerusi laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), amaran tersebut melibatkan daerah Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) di Sabah.


Manakala bagi wilayah Sarawak amaran tersebut merangkumi daerah Kuching, Betong, Mukah (Tanjung Manis dan Daro) dan Limbang (Lawas)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


MetMalaysia memohon orang ramai untuk sentiasa merujuk laman web rasmi www.met.gov.my, media sosial Jabatan dan aplikasi myCuaca untuk mendapatkan informasi sahih dan terkini.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page