top of page

Rimba Fitness Dance semarakkan semangat patriotisme, kibar Jalur Gemilang

Wartawan Nabalu News


Ahli RFD bergambar bersama sambil mengibarkan Jakur Gemilang dan bendera Sabah.

15 September 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU : Rimba Fitness Dance (RFD) menyahut seruan kempen mengibarkan Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia sebagai tanda bersatu padu dan menyemarakkan lagi semangat patriotisme.


Pengurusnya, Silia Lawrence berkata, setiap warga Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama perlu menyemarakkan semangat patriotisme terhadap negara.


Silia Lawrence (kiri).

"Marilah kita bersama-sama menzahirkan rasa cinta terhadap negara, diiringi doa dan harapan agar negara sentiasa dilindungi daripada malapetaka terutama negara segera pulih daripada wabak Covid-19,"katanya pada Program Rimba Fitness Dance for Malaysia Independence Day di sini, pada Rabu.


Menurut Silia, RFD sentiasa komited mengibarkan bendera sebagai sokongan terhadap hasrat kerajaan yang ingin melihat masyarakat menghormati Jalur Gemilang walau di mana berada.




"Oleh itu, RFD yang melibatkan 50 ahli turun padang dengan pengisian zumba dan kemudiannya walkabout sambil mengibarkan Jalur Gemilang di sekitar Taman Ujana Rimba Tropika.


"Diharap usaha kecil kami ini dapat membantu menyemarakkan lagi semangat patriotisme dan menceriakan lagi sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia tahun ini," katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page