top of page

Ringgit naik untuk sesi ketiga berturut-turut berbanding dolar AS

  • nabalunews
  • Dec 7, 2024
  • 1 min read

7 Disember 2024


KUALA LUMPUR: Ringgit mengakhiri minggu ini secara positif, meneruskan peningkatan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk sesi ketiga berturut-turut pada Jumaat menjelang data senarai gaji Amerika Syarikat (AS) yang akan dikeluarkan malam ini.


Pada 6 petang, Ringgit naik kepada 4.4170/4220 berbanding dolar AS, prestasi lebih baik daripada 4.4250/4305 pada Khamis.


Laporan senarai gaji AS untuk November dijadualkan keluar pada Jumaat.


Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit meneruskan prestasi positifnya dalam persekitaran dolar AS merosot berikutan jangkaan penurunan kadar faedah AS pada pertengahan bulan ini.


"Indeks Dolar AS (DXY) berada pada 105 mata selepas kekal pada 106 mata sejak beberapa hari lepas. Data daripada AS pada minggu ini menyokong penurunan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS pada 17 hingga 18 Disember ini.


"Ini membawa kepada sokongan seterusnya kepada ringgit," katanya kepada Bernama.


Bagaimanapun, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page