RM 1 juta bina semula jambatan gantung di Penampang, Tuaran

21 Julai 2024
SANDAKAN: Kerajaan Persekutuan bersetuju membina semula jambatan gantung di Penampang dan Tuaran yang rosak akibat banjir dengan peruntukan RM1 juta menerusi Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu diambil selepas melihat kepada keperluan yang mendesak, memandangkan laluan perhubungan itu amat penting kepada masyarakat setempat di kedua-dua daerah berkenaan.
“Langkah segera ini merupakan tindakan proaktif susulan bencana banjir yang melanda beberapa daerah bermula 30 Jun lepas.
“Mengikut perincian laporan yang diterima, kejadian itu menjejaskan kehidupan 485 penduduk di kedua-dua daerah dan Putatan,” katanya dalam kenyataan selepas menghadiri sesi taklimat kejadian bencana dan laporan kewangan Sabah oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah di sini, hari ini.
Comentários