top of page

RM150,000 BINA LALUAN UNTUK PENDUDUK KAMPUNG TITINGAN, TAWAU

  • nabalunews
  • Feb 20, 2021
  • 1 min read

Datuk Nizam Abu Bakar Titingan

19 Feb 2021


TAWAU: Sebanyak RM150,000 diperuntukkan bagi membina laluan batu kelikir di Blok 6 dan 7 di Kampung Titingan di sini sebagai laluan utama untuk keselesaan serta keselamatan penduduk kampung itu.


Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata laluan itu bagi menggantikan dua jambatan usang yang digunakan penduduk merentas kawasan paya di kampung berkenaan.


"Laluan di Blok 7 itu sudah siap sepanjang 130 meter manakala laluan di Blok 6 sepanjang 160 meter masih dalam proses dan dijangka siap dalam masa terdekat. Peruntukan bagi projek ini RM75,000 setiap laluan.

"Di samping itu kita juga dalam rancangan menaik taraf jambatan lain di kampung berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan 200 bakul makanan kepada golongan B40 di sini, hari ini.


Penduduk kampung, Badrianshah Hamdi ketika ditemui mengucapkan terima kasih atas keprihatinan kerajaan membina laluan tersebut.


"Laluan ini lebih selamat dan selepas ini tidak lagi perlu khuatir jika musim hujan kerana jambatan tidak kukuh," katanya. - Bernama


 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page