top of page

RM159,000 KOMPAUN DIKELUARKAN SEPANJANG 30 HARI PKP DI LABUAN

  • nabalunews
  • Feb 11, 2021
  • 1 min read

ree
Gambar Hiasan

11 Feb 2021


LABUAN: Sebanyak RM159,000 jumlah kompaun dikeluarkan terhadap individu yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 13 Jan lepas.

Pemangku Ketua Polis Labuan DSP Mohd Ibrahim Mohd Ghani berkata antara kesalahan yang dilakukan 159 individu terlibat termasuk tidak mematuhi jarak fizikal, tidak memakai pelitup muka dan tidak menyediakan kemudahan merekod data kemasukan ke premis.

“Kesalahan lain direkodkan adalah perjalanan rentas negeri melalui jalan haram, berkumpul dengan kawan-kawan dan jogging di pantai serta menaiki kenderaan melebihi dua orang,” katanya kepada Bernama selepas melawat sekatan jalan raya di Jalan Tun Mustapha di sini.

Ibrahim berkata sebanyak 151,883 kenderaan telah diperiksa sepanjang PKP dilaksanakan di Labuan.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar kekal patuh kepada SOP ditetapkan walaupun kelonggaran diberikan seperti mengadakan ‘makan besar’ sempena sambutan Tahun Baharu Cina. -Bernama

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page