top of page

RM3.2 Juta diperuntuk KPN, kukuhkan keselamatan komuniti di seluruh negara

  • nabalunews
  • Jul 20, 2024
  • 1 min read

20 Julai 2024


PUTRAJAYA: Kerajaan komited memperkukuh keselamatan dan ketahanan komuniti di seluruh negara dengan RM3.2 juta diperuntukkan Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).


Peruntukan ini khusus untuk Inisiatif Pemerkasaan Rukun Tetangga Sebagai Penggerak Komuniti Progresif, yang bertujuan meningkatkan keaktifan dan keberkesanan Skim Ronda Sukarela (SRS) dalam komuniti.


Menurut Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, sebanyak RM837,000 daripada peruntukan tersebut akan digunakan untuk pembekalan dan penggantian fasiliti keselamatan SRS yang akan memberi manfaat kepada 119 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di seluruh negara.


"Sebanyak RM2.175 juta dibekalkan untuk 69 buah kabin SRS yang baharu dan juga ketiga adalah lebih RM231,000 untuk membaiki kabin-kabin sedia ada di 18 kawasan SRS.


"Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan keaktifan dan keberkesanan SRS dalam komuniti," katanya ketika merasmikan Program Keselamatan Kejiranan dan Jom Ronda SRS Bersepadu Peringkat Wilayah Persekutuan di sini.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page