top of page

RMK12: Peruntukan perbelanjaan pembangunan dipertingkat ke RM400 bilion

  • Writer: Ilona Andrew
    Ilona Andrew
  • Sep 28, 2021
  • 2 min read

28 Sept 2021

Oleh Ilona Andrew


KUALA LUMPUR: Peruntukan perbelanjaan pembangunan untuk Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang dianggarkan berjumlah RM400 bilion merupakan peningkatan yang ketara berbanding RM248.5 bilion bagi Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).


Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata peruntukan perbelanjaan pembangunan bagi Bajet 2022 juga akan dipertingkatkan demi memacu aktiviti pemulihan sosio-ekonomi dan agenda pembangunan negara.


Antara fokus Bajet 2022 adalah untuk memulih dan membina semula daya ketahanan negara bagi menangani krisis pada masa depan antara lainnya dengan memperkukuhkan sistem kesihatan

awam.


“Sehubungan itu, Bajet 2022 akan menyokong strategi RMK12 untuk meningkatkan kesiapsiagaan hospital negara serta kapasiti ICU, termasuk melalui usahasama dengan penyedia kesihatan swasta.


“Selain itu, focus adalah dalam membina daya tahan negara melalui konsep keterangkuman, terutamanya darisegi mengurangkan jurang pendapatan dalam kalangan masyarakat dan jurang

pembangunan terutamanya antara negeri,” katanya dalam satu kenyataan akhbar, hari ini.


Menurut Menteri itu, Bajet 2022 juga akan memberi tumpuan kepada agenda pendigitalan termasuk pelaksanaan 5G, program JENDELA serta meningkatkan pengamalan digital terutamanya oleh PKS.


Fokus RMK12 kepada pembangunan lestari juga akan disambut dalam Bajet 2022 ke arah mencapai net zero carbon emissions, contohnya melalui dasar menggalakkan kenderaan elektrik (EV).


“Seterusnya, dengan pelancaran Dasar Revolusi Perindustrian Keempat Negara (4IR), pendigitalan dan penggunaan teknologi aka menjadi keutamaan untuk meningkatkan prospek dan daya than ekonomi jangka panjang Malaysia, selaras dengan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia.


“Selain itu, dasar ini juga adalah seiring dengan pembaharuan struktur yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan dalam jangka masa sederhana termasuk melalui pelaksanaan kerangka kerja Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA), dan juga inisiatif transformasi syarikat pelaburan berkaitan Kerajaan (GLIC) di bawah program PERKUKUH Pelaburan Rakyat.



“Bagi memastikan rung fiskal yang mencukupi untuk membiayai kesemua program-program pembangunan di bawah RMKe-12, Kerajaan kekal komited terhadap Langkah konsolidasi fiskal berpandukan Rangka Fiskal Jangka Sederhana dan disokong Strategi Hasil Jangka Sederhana untuk meluaskan asas cukai serta meningkatkan kemampuan keberhutangan kerajaan.


“Dalam jangka masa pendek, terdapat keperluan untuk meningkatkan had statutory hutang bagi menyediakan rang fiskal tambahan dalam menyokong pembukaan sektor-sektor ekonomi dan memastikan pemulihan yang mampan.


“Walaupun ini akan meningkatkan sasaran defisit Malaysia yang dianggarkan meningkat kepada 6.5 peratus hingga 7.0 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2021, namun Kerajaan tetap komited untuk langkah konsolidasi fiskal dalam jangka masa sederhana,” ujarnya.


Tambah Tengku Zafrul, cadangan penggubalan Akta Tanggungjawab Fiskal juga akan membantu meningkatkan tadbir urus, ketelusan dan akauntabiliti dalam pengurusan fiskal negara.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page