Robert sampaikan sumbangan kewangan kepada PPD Keningau dan Crocz Rugby Club Keningau
4 September 2024
Oleh Wartawan Nabalu News
KENINGAU: Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Keningau yang akan menjadi tuan rumah Pertandingan Bicara Berirama Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sabah pada tahun ini menerima sumbangan kewangan daripada Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin.
Sumbangan kewangan ini bagi membiayai penganjuran Pertandingan Bicara Berirama yang akan berlangsung di Dewan SJK(C) Yuk Yin di sini pada 10 hingga 12 September ini.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Robert sendiri kepada Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembangunan Erce @ Etor Dius mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Keningau Johari Sabin.
Turut menerima sumbangan kewangan daripada Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor adalah Crocz Rugby Club Keningau.
Sumbangan itu merupakan suntikan penajaan bagi penganjuran kejohanan Rugby Keningau 10 sebelah edisi ke 4 tahun ini yang akan berlangsung di Kompleks Sukan Daerah Keningau pada 14 hingga 15 September ini.
Sebanyak 26 pasukan iaitu 12 pasukan kategori lelaki, 8 pasukan kategori wanita dan 6 pasukan kategori veteran akan mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.
Sumbangan tajaan itu diterima oleh Nc Oneal V Vencent mewakili Presiden Crocz Rugby Club Romuald R. A Piong.
Comments