top of page

Rombakan Kabinet di luar pengetahuan saya - Zahid

  • nabalunews
  • Aug 12, 2024
  • 1 min read

12 Ogos 2024


GUA MUSANG: "Isu rombakan Kabinet di luar pengetahuan saya," kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


Katanya, beliau belum dimaklumkan berhubung perkara itu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Saya belum diberitahu oleh Perdana Menteri dan isu rombakan Kabinet memang di luar pengetahuan saya," katanya seperti dilaporkan Berita Harian.


Timbalan Perdana Menteri berkata demikian pada sidang media selepas Program Temu Mata Masyarakat Jeram Tekoh, hari ini.


Turut hadir, Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), Datuk Zawawi Othman dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub.


Pada Disember tahun lalu, Anwar mengumumkan rombakan Kabinet buat kali pertama selepas setahun menerajui pentadbiran Kerajaan Perpaduan.


Perdana Menteri dilaporkan berkata, rombakan terbabit bertujuan membuat penyesuaian dalam memenuhi tuntutan dan keadaan semasa

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page