Rosmah dipenjara 10 tahun, denda RM979 juta

1 Sept 2022
Oleh Farah Salim
KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM979 juta selepas dapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman itu terhadap isteri bekas perdana menteri itu selepas didapati bersalah atas pertuduhan itu.
Kegagalan membayar denda tersebut akan mengakibatkan Rosmah dipenjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan, dan perlu dijalankan secara berturutan.
Hakim Mohamed Zaini Mazlan membenarkan permohonan pembelaan agar kesemua hukuman itu ditangguhkan sehingga selesai proses rayuan di peringkat akhir.
Comments