top of page

Rumah dua tingkat terbakar 80 peratus di Tambunan

  • nabalunews
  • 6 days ago
  • 1 min read

15 April 2025

TAMBUNAN: Sebuah rumah dua tingkat jenis separuh kekal di Kg Moloson, Tambunan musnah hampir 80 peratus dalam satu kejadian kebakaran pagi tadi, namun tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian tersebut.


Menurut laporan dari Pusat Gerakan Operasi JBPM Negeri Sabah, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 9:20:39 pagi melalui talian balai.


Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambunan yang diketuai oleh Ketua Balai, PPgB Mitchell Francis George tiba di lokasi kejadian pada jam 9:27 pagi, sejauh enam kilometer dari balai.


“Komander Operasi (K/O) lapor kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat jenis separuh kekal berkeluasan 60x60 kaki terbakar 80 peratus,” menurut catatan operasi.


Operasi pemadaman dilaksanakan menggunakan satu aliran sepanjang 200 kaki dengan dua pancutan air yang disalurkan daripada jentera bomba.


Masa operasi terkawal dicatatkan pada jam 9:48 pagi dan ditamatkan sepenuhnya sejam kemudian, pada jam 10:58 pagi selepas pemeriksaan lanjut mengesahkan tiada lagi bahaya wujud di lokasi.





Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page