top of page

RUMAH TERBAKAR LELAKI CEDERA KELUAR MELALUI TINGKAP

nabalunews

Gambar hiasan

16 Jan 2021

LABUAN: Seorang lelaki mengalami kecederaan ketika cuba menyelamatkan diri selepas keluar melalui tingkap sebaik menyedari rumahnya terbakar di Kampung Kilan pagi tadi.


Dalam kejadian pada 8.05 pagi, pemilik rumah Ramlee Mahari, 46, sedang tidur apabila saudaranya yang tinggal berhampiran memecahkan tingkap rumah mangsa untuk menyelamatkannya daripada kebakaran itu yang memusnahkan 80 peratus rumahnya.


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan Ismaidi Ismail berkata sebaik anggota bomba tiba selepas menerima laporan pada 8.10 pagi, mendapati rumah setingkat jenis struktur kekal itu terbakar dan api sedang marak.


“Ada dua orang yang tinggal di rumah itu, anak lelakinya berusia 20 tahun telah pergi kerja apabila kebakaran itu berlaku. Mangsa mengalami kecederaan apabila keluar melalui tingkap selepas menyedari rumahnya terbakar,” katanya hari ini.


Katanya pemilik rumah mengalami kecederaan di bahagian dahi dan dia dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.


“Api dapat dipadamkan pada 8.37 pagi. Bagaimanapun punca kebakaran masih disiasat,” katanya. – Bernama


Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page