top of page

RUU Anti Lompat Parti harus jadi realiti sebelum PRU-15

  • Wartawan Nabalu News
  • Jul 27, 2022
  • 1 min read


27 Julai 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Batang Lupar Dato Sri Hajah Rohani Abdul Karim berkata, Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti harus menjadi realiti secarpat mungkin bagi memastikan ia tidak menghakis kredibiliti kerajaan pimpina masa kini.


Beliau berkata, rata-rata rakyat mahu RUU itu dikuatkuasakan sebelum Pilihan Raya ke-15 (PRU-15).


“Oleh itu menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan semua perbezaan pendapat mengenai undang-undang ini diatasi dan diluluskan di Dewan Rakyat pada kadar segera.


“Aktiviti lompat parti bukan sahaja menyebabkan sesebuah kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya tumbang malah ia juga memberi kesan kepada sistem demokrasi yang kita amalkan,” katanya ketika membahaskan RUU Anti Lompat Parti, di Dewan Rakyat, hari ini.


Rohani berkata, rakyat atau pengundi juga merasa undi mereka tidak bernilai kerana apabila membuang undi, calon yang dipilih boleh membuat sesuka hati.


“Jika amalan lompat parti beterusan kita akan berhadapan dengan sebuah kerajaan yang rapuh yang tiada kuasa mutlak untuk mentadbir negara,” katanya.


Katanya lagi, tindakan melompat parti bertentangan dengan konsep asal atau mandat yang diberikan pengundi pada pilihan raya kerana pengundi membuat keputusan untuk memilih calon yang menang berasaskan kedudukan calon ketika itu.


“Apabila sudah berubah status kemenangan maka ia diangap bercanggah dengan kemahuan rakyat yang memilih ketika pilihan raya,” katanya.


Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page