top of page
Wartawan Nabalu News

Sabah beralih ke Fasa 4 PPN, Isnin ini



5 November 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah akan beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuatkuasa 8 November ini (Isnin depan).


Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Masidi Manjun yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah dalam ciapan di Twitternya hari ini.


“Sabah layak beralih ke Fasa 4, Pelan Pemulihan Negara berkuatkuasa 8 November 2021," katanya.


Beliau berkata, walaupun lebih banyak sekatan akan ditarik balik di bawah Fasa 4, namun orang ramai diingatkan supaya terus mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan.


Comments


bottom of page