top of page

Sabah capai 60 peratus populasi dewasa lengkap vaksin

  • Wartawan Nabalu News
  • Sep 22, 2021
  • 1 min read


22 Sept 2021

Oleh Wartawan Nabalu News

KOTA KINABALU: Sabah telah mencapai 60 peratus populasi dewasa yang lengkap divaksin kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Masidi Manjun.


Masidi yang juga merupakan jurucakap Covid-19 berkata, peratusan populasi Sabah yang telah lengkap divaksin pada 20 September adalah sebanyak 59.4 peratus.


“Justeru boleh diandaikan bahawa peratusan vaksinasi populasi dewasa Sabah telahpun mencapai 60 peratus pada 21 September,” katanya dalam kenyataan media hari ini.


Tambah Masidi, peratusan tersebut menunjukan negeri Sabah berada pada landasan yang baik dalam usaha untuk mencapai imuniti berkelompok.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page