top of page

SABAH CATAT 131 KES POSITIF BAHARU COVID, SATU KEMATIAN DI TAWAU HARI INI (29 APRIL)

Wartawan Nabalu News

29 April 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kes positif baharu Covid-19 di Sabah hari ini sebanyak 131 kes meningkat 44 kes berbanding kelmarin, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 58,047 kes dan satu kes kematian direkodkan di Tawau.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata daripada jumlah itu, sebanyak 70 kes (53.4%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, 15 kes (11.6%) saringan bergejala, 42 kes (32%) dari kluster sedia ada serta empat kes (3%) dari lain-lain kategori.


“Daerah yang mencatatkan kes tertinggi pada hari ini ialah Kota Kinabalu iaitu sebanyak 40 kes, diikuti Tawau sebanyak 26 kes, Kalabakan (15 kes), Kinabatangan (12 kes), Lahad Datu (11 kes), Sandakan (tujuh kes).


“Penampang pula merekodkan lima kes, Kunak (empat kes), Nabawan (tiga kes), Tuaran, Papar dan Telupid masing-masing dua kes, Putatan dan Beluran masing-masing satu kes.


“Daerah yang mencatatkan sifar kes ialah Kota Belud, Keningau, Kuala Penyu, Beaufort, Ranau, Semporna, Kudat, Sipitang, Pitas, Tambunan, Tenom, Kota Marudu dan Tongod,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital / sembuh 115 menjadikan jumlah kumulatif 56,609 orang.


“Seramai 769 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 278 orang di hospital dan 491 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam.


“Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 51 orang dan 19 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.


Comments


bottom of page