SABAH CATAT 143 KES COVID-19
- nabalunews
- Apr 17, 2021
- 1 min read

16 April 2020
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 143 kes, menurun 59 kes berbanding kelmarin, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 56,510 kes dan tiada kes kematian direkodkan hari ini.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, sebanyak 37 kes (69.9%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, 14 kes (9.8%) saringan bergejala, 84 kes (58.7%) dari kluster baharu dan sedia ada serta lapan (8) kes (5.6%) dari lain-lain kategori.
"Sandakan mencatatkan kes baharu tertinggi pada hari ini sebanyak 59 kes, diikuti Tawau (35 kes), Lahad Datu (22 kes), dan Kota Kinabalu (14 kes).
"Manakala daerah Putatan merekodkan sebanyak lima kes, Keningau (empat kes), Papar dan Kinabatangan masing-masing dua kes, Kota Belud dan Kalabakan masing-masing satu kes.
"Daerah-daerah lain seperti Nabawan, Penampang, Kudat, Semporna, Beaufort, Ranau, Sipitang, Pitas, Tambunan, Tenom, Kota Marudu, Beluran, Telupid, Kuala Penyu dan Tongod tidak mencatatkan kes baharu," katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.
Masidi berkata, jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital / sembuh 129 menjadikan jumlah kumulatif 54,994 orang.
Beliau berkata, seramai 904 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 296 orang di hospital dan 608 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam.
"Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah57 orang dan 20 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan," katanya.















Comments