SABAH CATAT 163 KES POSITIF BAHARU COVID HARI INI, DUA KES KEMATIAN
- Wartawan Nabalu News
- Apr 17, 2021
- 1 min read

17 April 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan 163 kes positif baharu Covid-19 hari ini meningkat 20 kes berbanding kelmarin, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 56,673 kes dan dua kes kematian direkodkan di masing-masing di Kota Kinabalu dan Tawau.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kebanyakan kes baharu hari ini berpunca daripada kluster baharu dan sedia ada sebanyak 70 kes, saringan kontak rapat (66 kes), saringan bergejalah (18 kes) dan selebihnya dari lain-lain kategori.
“Tawau terus mencatatkan kes baharu tertinggi sebanyak 95 kes, diikuti Lahad Datu sebanyak 25 kes, Sandakan (13 kes), Kota Kinabalu (tujuh kes), Putatan (enam kes), Kalabakan (lima kes), Tuaran (empat kes).
“Kinabatangan mencatatkan tiga kes, Keningau, Papar, Nabawan, Semporna dan Beaufort masing-masing satu kes.
“Daerah yang tidak mencatatkan kes baharu hari ini ialah Kunak, Penampang, Kudat, Ranau, Sipitang, Pitas, Tambunan, Tenom, Kota Marudu, Beluran, Telupid, Kuala Penyu dan Tongod,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.
Masidi berkata, jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital / sembuh 90 menjadikan jumlah kumulatif 55,084 orang.
Katanya, seramain 920 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 287 orang di hospital dan 633 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam.
“Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 52 orang dan 23 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.
Comments