top of page

SABAH CATAT 189 KES, SATU KEMATIAN, SATU KLUSTER BAHARU

Wartawan Nabalu News


23 DIS 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 189 kes positif baharu Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 35,166 kes dan satu kematian dilaporkan di Kota Kinabalu.


Satu kluster baharu dilaporkan di Tenom iaitu Kluster Saga Tengah sebanyak lima kes menjadikan jumlah kumulatif 16 kes. Kluster ini dikesan berkaitan dengan majlis keramaian.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, seramai 286 pesakit Covid -19 telah sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 32,883 orang.


“Sejumlah 1,679 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 608 orang di hospital dan 1,071 orang di PKRC.


“Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 57 orang dan 13 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, kes-kes jangkitan mengikut daerah, Kota Kinabalu mencatatkan sebanyak 41 kes, Penampang dan Lahad Datu masing-masing 28 kes, Sandakan (23 kes), Tawau (17 kes), Putatan (14 kes), Kota Belud (10 kes), Papar (tujuh kes), Tenom (enam kes), Tuaran (lima kes), Semporna (empat kes), Beluran (tiga kes), Kalabakan, Beaufort dan Sipitang masing-masing satu kes.


Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page