top of page
Wartawan Nabalu News

SABAH CATAT 199 KES POSITIF BAHARU COVID HARI INI, ENAM KEMATIAN



18 Jun 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 199 kes positif baharu Covid-19 hari ini menurunu 49 kes berbanding kelmarin menjadikan jumlah kumulatif 67,177 kes dan enam kematian direkodkan masing-masing di Sandakan, Kunak, Putatan, Papar, Lahad Datu dan Kota Belud.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, Kota Kinabalu mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 36 kes, diikuti Kinabatangan dengan 25 kes, Tawau (19), Putatan (16), Nabawan (15), Papar dan Kudat masing-masing 13 kes, Lahad Datu dan Penampang masing-masing 10 kes.


"Manakala Beaufort mencatatkan sembilan kes, Tongod (lapan kes), Sandakan (enam kes), Keningau (lima kes), Semporna dan Telupid masing-masing empat kes, Kunak (tiga kes), dan Kota Marudu, Sipitang dan Tambunan masing-masing satu kes.


“Pada hari ini, lapan daerah mencatatkan sifar kes iaitu Beluran, Kalabakan, Pitas, Kota Belud, Ranau,Tuaran, Kuala Penyu dan Tenom.


Masidi juga berkata, daripada 199 kes jangkitan baharu hari ini, 91 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat, 61 kes adalah daripada saringan kluster, 27 kes adalah daripada saringan bergejala, lima kes daripada saringan bersasar dan 15 kes adalah daripada lain-lain kes.


Beliau berkata, jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital / sembuh 253 menjadikan jumlah kumulatif 64,354 orang.


“Seramai 1,856 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 512 orang di hospital, 1,342 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala dua orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.


“Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 82 orang dan 26 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.



Comments


bottom of page