top of page

Sabah catat 2,246 kes baharu Covid, 28 kematian

  • Writer: Jacquline Ebit
    Jacquline Ebit
  • Sep 10, 2021
  • 1 min read


10 September 2021

Oleh Jacquline Ebit


KOTA KINABALU: Jumlah kes baharu Covid-19 menurun kepada 2,246 kes berbanding kelmarin menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 169,983 kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kes kematian kekal tinggi iaitu sebanyak 28 kes dilaporkan pada hari ini.


"Daripada jumlah keseluruhan kes kematian hari ini, 13 kes di Tawau, lapan kes di Sandakan, tiga kes di Papar manakala masing-masing satu kes di Kudat, Kota Marudu, Lahad Datu dan Kota Kinabalu," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Beliau berkata, berdasarkan pecahan kes mengikut daerah, Kota Kinabalu terus kekal sebagai daerah dengan kes Covid tertinggi hari ini iaitu sebanyak 302 kes, diikuti Sandakan (244 kes), Lahad Datu (201 kes), Tuaran (196 kes) dan Penampang (149 kes).


"Saringan kontak rapat kekal penyumbang utama kepada kes harian dengan 1,247 kes manakala, 714 kes adalah daripada saringan bergejala, 1026 kes daripada saringan kluster.


"Kategori 2 masih kumpulan terbesar pesakit, iaitu dengan 1,473 kes daripada 2,246 kes yang dicatat hari ini.


"Kategori 1 pula adalah sebanyak 712 kes, Kategori 3 sebanyak empat kes, Kategori 4 (dua kes) dan Kategori 5 (satu kes)," katanya.


Menurut Masidi, jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital atau sembuh pula sebanyak 3,059 orang telah discaj atau sembuh hari ini menjadikan jumlah kumulatif 144,289 orang.


"Sebanyak 4,967 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,688 orang di hospital, 3,187 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 86 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara manakala enam (6) orang di fasiliti swasta," katanya.



Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page