top of page
  • Wartawan Nabalu News

SABAH CATAT 230 KES POSITIF BAHARU COVID, LIMA KEMATIAN HARI INI



2 Julai 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 230 kes positif baharu Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 69,907 kes dan lima kes kematian direkodkan iaitu dua kes di Lahad Datu dan masing-masing satu kes di Kunak, Sandakan dan Kudat.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada jumlah kes tersebut 96 kes adalah daripada saringan kontak rapat , 49 kes adalah daripada saringan kluster, 16 kes adalah daripada saringan bergejala, 62 kes daripada saringan bersasar dan tujuh kes adalah daripada lain-lain kes.


“Kudat mencatatkan kes tertinggi hari ini sebanyak 69 kes, diikuti Kota Belid sebanyak 28 kes, Pitas (22 kes), Tawau (18 kes), Kota Kinabalu (16 kes), Beaufort (15 kes), Lahad Datu (14 kes), Sandakan dan Keningau masing-masing 10 kes.


“Kota Marudu mencatatkan tujuh kes, Semporna (enam kes), Putatan (lima kes), Papar dan Kalabakan masing-masing empat kes dan Penampang dua kes.


“Daerah yang mencatatkan sifar kes ialah Beluran, Telupid, Kinabatangan, Kunak, Tongod, Ranau, Tuaran, Kuala Penyu, Sipitang, Tenom, Nabawan dan Tambunan,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.

Masidi berkata, catatan kes yang agak tinggi di Sabah dipengaruhi oleh saringan bersasar oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah yang dilakukan di lokaliti yang dikenakan PKPD (Kampung Landung Ayang) Kudat yang mencatatkan 60 kes.

Beliau berkata, Pitas pada hari ini mencatatkan 22 kes hasil daripada saringan Kluster baharu iaitu Kluster Tanjung Pitas yang sehingga kini mencatatakan kumulatif sebanyak 43 kes positif seterusnya menyebabkan Pitas berubah dari zon jingga kepada zon merah.


“Daerah Kota Kinabalu merekodkan jumlah kes yang lebih baik pada hari ini iaitu 16

kes berbanding 25 kes pada 01 julai lalu dan 99 kes pada 30 jun dengan

penurunan sebanyak sembilan kes.


“Sebanyak 16 kes yang direkodkan di Kota Kinabalu berpunca daripada saringan lima Kluster Muhibbah Manggatal, satu Kluster Tanjung Aru Baru, tiga kes daripada Saringan Kontak Rapat dan tujuh kes daripada Saringan Bergejala.,” katanya.


Mengenai jumlah pesakit sembuh, Masidi berkata, seramai 165 pesakit sembuh menjadikan jumlah kumulatif 67,609 orang.


“Seramai 1,619 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 392 orang di hospital, 1085 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala 142 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.


“Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 55 orang dan 17 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Comments


bottom of page