top of page
  • Wartawan Nabalu News

SABAH CATAT 239 KES BAHARU COVID 19 HARI INI, 2 KES KEMATIAN



13 Julai 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah merekodkan 239 kes positif baharu Covid-19 hari ini iaitu penurunan 59 kes berbanding 298 kes semalam (12 Julai), menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 72,850 kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, dua kes kematian dilaporkan hari ini iaitu di Sandakan.


Masidi berkata, daripada jumlah kes baharu itu 102 kes daripada saringan kontak rapat, saringan kluster (59 kes), saringan bergejala (34 kes), saringan bersasar (26 kes) dan 18 kes saringan lain-lain kes.


"Daerah yang mendominasi bilangan kes tertinggi hari ini ialah Kota Kinabalu, Beaufort dan Tawau yang menyumbang 55.2 peratus daripada jumlah kes negeri ini.


“Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi hari ini sebanyak 77 kes iaitu 30 kes daripada saringan Kuster Kluster Tembok Kota Kinabalu, Kluster Agora Borneo dan Kluster KKIP Empat Timur, saringan kontak rapat (29 kes), lapan kes daripada saringan bergejala, enam daripada saringan bersasar dan empat dari saringan lain-lain kes.


“Manakala daerah Beaufort dan Tawau pula masing-masing merekodkan 20 lebih kes iaitu Beaufort (29 kes) dan Tawau (26 kes). Saringan kontak rapat dan saringan kluster daripada merupakan penyumbang tertinggi kepada kes baharu yang direkodkan di kedua-dua daerah ini," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini, hari ini.


Beliau berkata, sebanyak lapan daerah mencatatkan sifar kes iaitu Telupid, Kinabatangan, Kunak, Kalabakan, Tongod, Ranau, Tenom, dan Tambunan.


“Setakat ini, daerah Zon Hijau kekal dua daerah iaitu di Telupid dan Beluran,” katanya.


Dari segi jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital / sembuh sebanyak 241 orang menjadikan jumlah kumulatif 69,899 orang.


“Seramai 2,109 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 415 orang di hospital, 1,652 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala 42 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.


“Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 55 orang dan 14 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya

Comments


bottom of page