SABAH CATAT 244 KES POSITIF BAHARU COVID HARI INI
7 Julai 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 244 kes positif baharu Covid-19, hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 71,189 kes.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kebanyakan jangkitan baharu hari ini diperolehi daripada Saringan Kontak Rapat (80 kes), Saringan Kluster (63 kes), Saringan Bersasar (59 kes), Saringan Bergejala (26 kes) dan Saringan Lain-lain kes (16 kes).
“Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi hari ini iaitu sebanyak 56 kes. Kebanyakan kes ini berpunca daripada Saringan Kontak Rapat iaitu sebanyak 21 kes, Saringan Bersasar (10 kes), Saringan Kluster (16 kes), Saringan Bergejala (enam kes) dan Saringan Lain-lain kes (tiga kes).
Masidi berkata, sebanyak 12 daerah mencatatkan peningkatan kes berbanding kelmarin iaitu Kudat 53 kes dengan peningkatan (+51) kes, Pitas 17 kes dengan peningkatan (+16) kes, Kota Belud 22 kes dengan peningkatan (+15) kes, Papar tujuh kes dengan peningkatan (+6) kes, Kalabakan dan Tuaran masing-masing tiga kes dengan peningkatan (+3) kes, Kuala Penyu tujuh kes dengan peningkatan (+3) kes, serta Kunak satu kes, Semporna enam kes, Tawau 22 kes, Lahad Datu 10 kes, Nabawan satu kes kesemuanya dengan peningkatan (+1) kes
“Sebanyak lapan daerah mencatatkan sifar kes pada hari ini iaitu, Beluran, Telupid, Tongod, Kota Marudu, Ranau, Sipitang, Tenom dan Tambunan," katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini.
Mengenai jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital / sembuh, Masidi berkata sebanyak 228 menjadikan jumlah kumulatif 68,536 orang.
“Seramai 1,686 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 410 orang di hospital, 1,154 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala 122 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.
“Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 61 orang dan 19 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.
Comments