SABAH CATAT 248 KES POSITIF BAHARU COVID HARI INI, EMPAT KEMATIANSABAH CATAT 248 KES POSITIF BAHARU COVID HARI INI, EMPAT KEMATIAN
top of page
  • Wartawan Nabalu News

SABAH CATAT 248 KES POSITIF BAHARU COVID HARI INI, EMPAT KEMATIAN



17 Jun 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 248 kes positif baharu Covid-19 hari ini meningkat 64 kes berbanding kelmarin menjadikan jumlah kumulatif 66,978 kes dan empat kematian direkodkan masing-masing dua di Tawau, satu di Kunak dan Kota Kinabalu.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi sebanyak 60 kes, diikuti Papar (49 kes), Tawau dan Kota Belud masing-masing 20 kes, Sandakan (17 kes), Lahad Datu (16 kes), Kudat (15 kes) dan Tuaran (14 kes).


“Beaufort pula mencatatkan sembilan kes, Semporna (lapan kes), Nabawan (lima kes), Penampang, Putatan dan Kota Marudu masing-masing tiga kes, Kalabakan, Keningau dan Kuala Penyu masing-masing dua kes.


“Pada hari ini, 10 daerah mencatatkan sifar kes iaitu Beluran, Telupid, Kinabatangan, Kunak, Tongod, Pitas, Ranau, Sipitang, Tenom dan Tambunan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Masidi berkata, daripada 248 kes jangkitan baharu hari ini, 85 kes adalah hasil saringan kontak rapat, 108 kes saringan kluster, 32 kes saringan bergejala, 10 kes saringan bersasar dan 13 kes adalah daripada lain-lain kes.


Beliau berkata, jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital / sembuh 350 menjadikan jumlah kumulatif 64,101 orang.


“Seramai 1,911 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 527 orang di hospital, 1,382 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala dua orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.


“Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 92 orang dan 35 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.


bottom of page