SABAH CATAT 250 KES POSITIF COVID-19 HARI INI
6 DIS 2020
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 250 kes baharu Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 30,538 kes. Tiada kes kematian direkodkan.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada 250 kes positif Covid-19 hari ini, sebanyak 107 kes adalah berpunca dari saringan kontak rapat di 11 daerah, 60 kes adalah daripada saringan kluster baharu dan sedia ada, saringan bergejala 29 kes, saringan komuniti 32 kes dan 22 kes lain-lain kategori.
“Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi di seluruh Sabah iaitu 74 kes, diikuti Sandakan sebanyak 44 kes, Lahad Datu (43 kes), Tuaran (30 kes), Penampang (25 kes), Tawau (11 kes).
Putatan (enam kes), Semporna (empat kes), Keningau (tiga kes), Kudat, Kota Belud, Beluran dan Pitas masing-masing dua kes, Papar dan Kota Marudu masing-masing satu kes.
Dareah Kuala Penyu, Kalabakan, Telupid, Beaufort, Kinabatangan, Tongod, Ranau, Kunak, Tambunan, Tenom, Sipitang dan Nabawan tidak mencatatkan kes baharu hari ini,” katanya dalam kenyataan akhbar, hari ini.
Masidi berkata, seramai 193 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh hari ini menjadikan
jumlah kumulatif sembuh 27,502 orang.
“Sejumlah 2,013 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 615 orang di hospital dan 1,398 orang di PKRC. Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 63 orang dan 27 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.
Comentarios