SABAH CATAT 263 KES POSITIF BAHARU COVID-19,
5 Julai 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 263 kes positif baharu Covid-19, hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 70,720 kes.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kebanyakan jangkitan baharu hari ini diperolehi daripada Saringan Kontak Rapat (117 kes), Saringan Kluster (48 kes), Saringan Bersasar (79 kes), Saringan Bergejala (11 kes) dan Saringan Lain-lain kes (lapan kes).
“Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi hari ini sebanyak 89 kes, berpunca daripada Saringan Bersasar di Pulau Gaya iaitu sebanyak 58 kes, Saringan Kluster (15 kes), Saringan Kontak Rapat (10 kes), Saringan Bergejala (lima kes) dan Saringan Lain-lain kes (satu kes).
Masidi berkata,10 daerah mencatatkan peningkatan kes berbanding kelmarin iaitu Kudat 37 kes dengan peningkatan (+35) kes, Tawau 34 kes dengan peningkatan (+16) kes, Tuaran tujuh kes dengan peningkatan (+7) kes, Kinabatangan, Lahad Datu dan Penampang masing-masing lima kes dengan peningkatan (+5) kes, Pitas empat kes dengan peningkatan (+3) kes, Sandakan 11 kes dengan peningkatan (+2) kes, Kota Belud 14 kes dengan peningkatan (+2) kes serta Keningau tiga kes dengan peningkatan (+2) kes
“Enam daerah yang mencatatkan penurunan kes berbanding semalam iaitu Kota mencatatkan penurunan (-31) kes, Kunak penurunan (-6) kes, Papar penurunan (-4) kes, Beaufort penurunan (-3) kes, Putatan penurunan (-2) kes dan Kalabakan penurunan (-1) kes," katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini.
Katanya lagi, sebanyak sembilan daerah mencatatkan sifar kes pada hari ini iaitu, Beluran, Telupid, Tongod, Ranau, Kuala Penyu, Sipitang, Tenom, Nabawan dan Tambunan
Masidi berkata, jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital / sembuh pula sebanyak 232 menjadikan jumlah kumulatif 68,109 orang.
“Seramai 1,714 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 403 orang di hospital, 1,151 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala 160 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.
“Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 54 orang dan 18 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.
Kommentarer