top of page

SABAH CATAT 282 KES BAHARU, TERMASUK EMPAT KES SARINGAN MASUK KERJA

Wartawan Nabalu News


28 Jan 2021

Oleh Anne Sham


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 282 kes positif baharu Covid-19 hari ini dan tiga kes kematian masing-masing dua di Lahad Datu dan satu kes di Keningau.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di negeri ini sebanyak 48,019 kes.


“Daripada 282 kes positif Covid-19 yang dicatatkan, sebanyak 187 kes (66.3%) berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 63 kes (22.3%), saringan kluster sedia ada tujuh kes (2.5%), saringan masuk kerja empat kes (1.4%), saringan PERKESO satu kes (0.4%) dan 20 kes (7.1%) adalah dari lain-lain kategori,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.


Masidi berkata, kes-kes jangkitan Covid-19 mengikut daerah, Kota Kinabalu masih mencatatkan kes tertinggi sebanyak 51 kes, diikuti Sandakan 37 kes, Penampang (24 kes), Kinabatangan (18 kes), Tawau (17 kes), Lahad Datu (16 kes), Papar (15 kes), Putatan (14 kes), Keningau (13 kes), Kota Belud (12 kes), Beaufort (11 kes).


"Tuaran dan Kalabakan masing-masing mencatatkan sembilan kes, Ranau (lapan kes), Kudat (tujuh kes), Kunak, Kota Marudu dan Kuala Penyu masing-masing lima kes, Pitas, Nabawan, Tenom, Sipitang, Beluran dan Tambunan masing-masing satu kes.


"Hanya tiga daerah tidak mencatatkan kes baharu hari ini iaitu Semporna, Telupid dan Tongod," katanya.


Beliau berkata hari ini, seramai 311 pesakit Covid-19 telah sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 43,939 orang.


"Sejumlah 2,647 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 792 orang di hospital, 1,836 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan 19 orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.


"Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 84 orang dan 27 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan," katanya.

留言


bottom of page