SABAH CATAT 319 KES BAHARU COVID-19, HARI INI
- Wartawan Nabalu News
- Nov 12, 2020
- 1 min read

12 NOV 2020
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu Covid -19 di Sabah, hari ini, adalah sebanyak 319 kes.
Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif kes di Sabah sebanyak 21,767 kes.
“Daripada jumlah keseluruhan kes baharu di Sabah, hari ini Kota Kinabalu mencatatkan 84 kes, Tawau (48 kes), Kudat (30 kes), Tuaran (29 kes), Semporna (26 kes) dan Lahad Datu (23 kes).
“Penampang (19 kes), Sandakan (16 kes), Papar (15 kes), Putatan (11 kes), Kota Belud (lima kes), Kuala Penyu, Kunak dan Beaufort masing-masing mencatatkan tiga kes, Keningau, Beluran, Telupid dan Kota Marudu masing-masing satu kes,” katanya dalam satu kenyataan akhbar, di sini, hari ini.
Masidi berkata, daerah lain yang tidak mencatatkan kes baharu ialah Sipitang, Ranau, Pitas, Kinabatangan, Tambunan, Tongod, Tenom dan Nabawan.
Katanya lagi, seramai 543 pesakit dilaporkan sembuh pada hari ini.
“Manakala, seramai 2,900 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 714 orang di hospital dan 2,186 orang di PKRC.
“Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 69 orang dan 20 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.















Comments