- Wartawan Nabalu News
Sabah catat 516 kes baharu covid hari ini, meningkat berbanding kelmarin

23 Julai 2021 Oleh Wartawan Nabalu News KOTA KINABALU: Kes baharu positif Covid-19 di Sabah hari ini mencatat sedikit peningkatan iaitu daripada 497 kes kelmarin kepada 516 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 77,940 kes. Satu kes kematian turut dilaporkan hari ini iaitu di Beaufort. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, penyumbang utama kes hari ini adalah daripada saringan kontak rapat sebanyak 216 kes atau bersamaan 41.9 peratus, diikuti saringan kluster sedia ada dengan 116 kes atau 22.5 peratus dan sarıngan bergejala dengan 90 kes atau 17.4 peratus. Selebihnya dari saringan bersasar (13 kes) dan saringan lain-lain kes (36 kes). "Daerah yang merekodkan kes tertinggi pada hari ini ialah Kota Kinabalu dengan 108 kes, diikuti Sipitang dengan 67 kes, Tawau (47 kes), Kalabakan (41 kes), Tuaran (40 kes), Sandakan (35 kes), Penampang (33 kes), Beaufort (28 kes), Putatan (25 kes), Papar (20 kes), Kinabatangan (14 kes), Ranau (13 kes) “Lahad Datu (sembilan kes), Tongod dan Kuala Penyu masing-masing lapan kes, Kunak dan Kota Marudu masing-masing empat kes, Kota Belud dan Tenom masing-masing tiga kes, Beluran (dua kes) serta satu kes masing-masing direkodkan di Kudat, Keningau, Pitas dan Nabawan. "Hanya tiga daerah mencatatkan sifar kes hari ini iaitu Telupid, Semporna dan Tambunan,” katanya dalam kenyataan mesdia, hari ini. Masidi berkata, dari segi jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh, pada hari ini 369 kes sembuh menjadikan jumlah kumulatif 72, 694 orang. “Seramai 3,738 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 578 orang di hospital, 2,240 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala 920 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. “Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 70 orang dan 19 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.