• Wartawan Nabalu News

SABAH CATAT 97 KES, KEBANYAKAN BERPUNCA DARI KONTAK RAPAT


Datuk Masidi Manjun

5 Mac 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 97 kes positif baharu Covid-19 hari ini, meningkat 19 kes berbanding kelmarin menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 53,313 kes. Tiada kes


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada jumlah kes baharu hari ini, 49 kes (50.5%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala tujuh kes (7.2%), saringan kluster baharu dan sedia ada 24 kes (24.8%), saringan bersasar tujuh kes dan 10 kes (10.3%) adalah dari lain- lain kategori.



"Hari ini Nabawan mencatatkan kes tertinggi sebanyak 24 kes, diikuti Keningau (22 kes), Kota Kinabalu (sembilan kes), Kunak dan Ranau masing-masing lapan kes, Kota Marudu (enam kes), Kalabakan (lima kes).


"Beluran (tiga kes), Sandakan, Tawau dan Kota Belud masing-masing dua kes. Kudat, Penampang, Papar, Putatan, Kinabatangan dan Tenom masing-masing mencatatkan satu kes.


"Daerah yang tidak mencatatkan kes baharu ialah Lahad Datu, Kuala Penyu, Semporna, Sipitang, Pitas, Tuaran, Tambunan, Beaufort, Telupid dan Tongod," katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.



Masidi berkata, pada hari ini, seramai 95 pesakit Covid-19 telah sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 51,964 orang.


"Sementara itu, sejumlah 686 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 248 orang di hospital, 431 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan tujuh orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.


"Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 28 orang dan 14 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan," katanya.



ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com