top of page

Sabah catat pelaburan RM11.5 bilion dalam pelbagai sektor ekonomi pada 2022

  • Wartawan Nabalu News
  • Mar 28, 2023
  • 1 min read

28 Mac 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mendedahkan, wilayah Sabah mencatatkan pelaburan sebanyak RM11.5 bilion dalam pelbagai sektor ekonomi pada tahun 2022.


Jelas beliau, pelaburan itu melibatkan 89 buah projek dan bakal menjana 4,566 jumlah peluang pekerjaan.


"Daripada jumlah keseluruhan pelaburan tersebut, sebanyak RM9.2 billion merupakan pelaburan langsung asing (FDI) manakala RM2.3 billion adalah pelaburan langsung domestik.


“Sektor perkilangan merupakan penyumbang terbesar sebanyak RM8.4 bilion atau 72.9 peratus manakala sektor utama menyumbang RM1.6 bilion dan sektor perkhidmatan sebanyak RM1.5 bilion,” katanya menjawab soalan tambahan Senator Datuk Noraini Idris mengenai jumlah pelaburan ekonomi negeri Sabah bagi 2022 serta sektor yang terlibat.


Beliau berkata projek berprofil tinggi bernilai lebih RM100 juta adalah terutamanya dalam sektor produk petroleum, produk mineral bukan logam dan peralatan pengangkutan.


Beliau juga berkata kementeriannya menerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) komited untuk menarik FDI ke Malaysia termasuk di negeri Sabah khususnya bagi industri-industri yang disasarkan.


"Dalam hal ini, MIDA sentiasa bekerjasama secara strategik dengan semua agensi pelaburan di peringkat negeri dan Koridor Ekonomi dalam menarik pelaburan.


“MIDA sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan (MIDE Sabah) dan Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) di dalam misi pelaburan dan perdagangan untuk mempromosikan peluang-peluang pelaburan yang terdapat di negeri Sabah,” katanya.


Tambah beliau, antara sektor ekonomi baharu yang berpotensi tinggi untuk dibangunkan di Sabah yang dikenalpasti sebagai industri yang disasarkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 adalah seperti sektor perkilangan berasaskan teknologi hijau dan mesra alam; industri tenaga yang boleh diperbaharui; pembangunan sektor perkhidmatan logistik dan sektor ekopelancongan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page