top of page
Wartawan Nabalu News

Sabah longgarkan SOP kemasukan pelancong asing


19 Januari 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, berkata bermula 18 Januari (Rabu) semua pelancong asing yang ingin masuk ke Sabah tidak lagi perlu menjalani ujian Covid-19 prakemasukan dan mengemukakan sijil vaksinasi.


Jelas beliau, Jemaah Menteri Sabah pada Rabu telah membuat keputusan itu bagi menyeragamkan sepenuhnya prosedur kemasukan pelancong asing ke negeri itu dengan prosedur di peringkat Persekutuan.

"Jemaah Menteri memutuskan bahawa prosedur kemasukan semua pelancong asing ke Sabah adalah diseragamkan sepenuhnya dengan dasar ditetapkan Kementerian Kesihatan.


"Dengan itu semua pelancong asing tidak perlu menjalani ujian saringan Covid-19 prakemasukan dan tidak perlu mengemukakan sijil vaksinasi semasa masuk ke Sabah," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Terdahulu, kerajaan negeri memutuskan berkuat kuasa 8 Januari, semua pengembara dari China yang masuk ke negeri itu perlu mengemukakan ujian Covid-19 yang negatif dan perlu lengkap vaksinasi.


Comments


bottom of page