- Wartawan Nabalu News
SABAH MASUK FASA 2 PPN MULAI SABTU INI

8 Julai 2021 Oleh Wartawan Nabalu News
KUALA LUMPUR: Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju membuat peralihan untuk Sabah daripada fasa 1 ke fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula Sabtu ini. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan pencapaian nilai ambang tiga indikator utama yang telah ditetapkan. “Peralihan fasa PPN bagi negeri Sabah akan berkuatkuasa mulai 10 Julai 2021. “Maklumat lanjut mengenai semua kebenaran yang telah ditetapkan bagi fasa 2 boleh dirujuk di laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my,” katanya dalam kenyataan media, hari ini. Ismail yang juga Menteri Pertahanan berkata, sidang khas MKN hari ini telah meneliti pembentangan peralihan fasa bagi negeri di bawah PPN oleh Kementerian Kewangan Malaysia. “Selepas semua agensi termasuk Kementerian Kesihatan Makaysia (KKM) meneliti nilai ambang negeri ini, Sidang Khas MKN bersetuju untuk membuat peralihan fasa bagi Sabah daripada fasa satu ke fasa dua,” katanya.