SABAH MENCATATKAN 60 KES POSITIF COVID-19 HARI INI, 1 KES KEMATIANSABAH MENCATATKAN 60 KES POSITIF COVID-19 HARI INI, 1 KES KEMATIAN
top of page
  • Wartawan Nabalu News

SABAH MENCATATKAN 60 KES POSITIF COVID-19 HARI INI, 1 KES KEMATIAN



17 Mei 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kes baharu Covid-19 di Sabah hari ini menurun 27 kes kepada 60 kes berbanding kelmarin, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 59,409 dan satu kes kematian dicatatkan di Keningau har ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada 60 kes tersebut, 23 kes berpunca daripada saringan kontak rapat, 16 kes dari kluster baharu dan sedia ada, 16 kes lagi dari saringan bergejala dan lima kes dari lain-lain kategori.



“Tawau merekodkan kes positif tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 20 kes, diikuti Kota Kinabalu dan Semporna masing-masing lapan kes, seterusnya Penampang dengan tujuh kes, Lahad Datu dan Papar masing-masing dengan empat kes, Kunak dengan tiga kes, serta serta satu kes dicatatkan di Tuaran, Keningau, Putatan, dan Tenom.


“Daerah-daerah lain tidak mencatatkan kes baharu pada hari ini manakala daerah Beluran, Telupid, Tongod, Kudat, Pitas, Kuala Penyu, Nabawan dan Tambunan kekal di zon hijau,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, seramai 104 pesakit telah sembuh hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 58,320 orang.


"Sebanyak 530 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 244 orang di hospital dan 286 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam.

“Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 42 orang dan 23 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

bottom of page