• Wartawan Nabalu News

SABAH MENCATATKAN 61 KES POSITIF COVID-19 PADA HARI INI



9 Mei 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 61 kes positif baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif 58,857 kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, majoriti kes adalah berpunca dari saringan kontak rapat iaitu sebanyak 30 kes (49.2%), saringan dari kluster sedia ada sebanyak 25 kes (41%), dan selebihnya saringan bergejala tiga kes (4.9%) serta tiga kes (4.9%) dari lain-lain kategori.



“Kota Kinbalu dan Kalabakan mencatatkan kes tertinggi pada hari ini, iaitu masing-masing sebanyak 10 kes, diikuti Kunak sebanyak sembilan kes, Tawau (enam kes), Penampang (lima kes), Putatan, Tuaran dan Beaufort masing-masing tiga kes, Sandakan, Lahad Datu, Kota Belud dan Semporna masing-masing dua kes, Keningau, Papar, Kinabatangan dan Ranau semuanya mencatatkan satu kes.


“Daerah-daerah yang tidak mencatatkan kes baharu pada hari ini ialah Kota Marudu, Sipitang, Beluran, Nabawan, Telupid, Kuala Penyu, Kudat, Pitas, Tambunan, Tenom dan Tongod,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital / sembuh 71 menjadikan jumlah kumulatif 57,668 orang.


"Seramai 590 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 237 orang di hospital dan 380 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam.


“Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 31 orang dan 21 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.