top of page

Sabah perlukan 1,166 MW bekalan elektrik, rizab margin hanya 5 peratus

nabalunews



21 November 2024


KOTA KINABALU: Margin simpanan tenaga elektrik di Sabah hanya pada tahap lima peratus ketika ini kerana keperluan tenaga elektrik di negeri ini mencecah 1,166 Megawatt (MW) berbanding penjanaan keseluruhan sebanyak 1,216 MW.


Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ir Shahelmey Yahya, bagaimanapun berkata Sabah Electricity melaksanakan usaha interim bagi memastikan margin simpanan tenaga yang mencukupi untuk kestabilan tenaga di negeri ini.


“Keperluan tenaga bagi keseluruhan negeri Sabah buat masa ini berjumlah 1,166 MW, dengan kapasiti penjanaan keseluruhan berjumlah 1,226 MW.

Jumlah Reserve Margin buat ketika ini adalah sebanyak lima peratus saja.


“Namun begitu, bagi memastikan reserve margin yang mencukupi, Sabah Electricity telah menambah set penjanaan diesel interim dengan kapasiti 90 MW yang telah siap sepenuhnya bermula pada Jun 2024 di seluruh Sabah.


“Penjanaan interim ini telah dilanjutkan selama dua tahun sehingga 2026,” katanya ketika menggulung perbahasan Kementerian Kerja Raya negeri pada Persidangan DUN, hari ini, lapor Info X.


Selain itu, katanya Sabah Electricity juga sedang berusaha untuk menambah set penjanaan menerusi Rental Gas Turbine 100 MW dan mobile BESS 100 MW yang dijangka akan beroperasi pada Julai 2025.


“Dengan adanya projek-projek yang dinyatakan ini, Reverse Margin menjelang Julai 2025 dijangka meningkat kepada 22 peratus di mana catuan beban dapat dielakkan,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page