top of page

Sabah rancang bida penganjuran Kongres Dunia IFLA 2031 - Dr Joachim

  • nabalunews
  • Nov 3, 2024
  • 1 min read

3 November 2024


KOTA KINABALU: Sabah bercadang untuk membida sebagai tuan rumah Kongres Dunia Persekutuan Arkitek Landskap Antarabangsa (IFLA) pada tahun 2031, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam.


Menurut Dr. Joachim, bagi merealisasikan matlamat ini, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah bersama Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM) merancang untuk menghadiri Kongres Dunia IFLA 2025 di Perancis pada tahun hadapan untuk memperkukuhkan hubungan dan meningkatkan peluang Sabah dipilih sebagai tuan rumah pada masa hadapan.


Dr. Joachim juga menyatakan keyakinannya bahawa Sabah, dengan khazanah alam semula jadi yang menakjubkan, berpotensi besar untuk mempamerkan keindahannya kepada dunia.


Ini bukan sahaja dapat meningkatkan imej Sabah di peringkat antarabangsa, tetapi juga akan memberi manfaat kepada sektor pelancongan dan ekonomi negeri, menjadikan kongres ini sebagai platform strategik untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan pelancongan secara mampan.


Dalam satu kenyataan pada Sabtu,

Dr Joachim berkata Anugerah Arkitek Landskap Sabah adalah satu inisiatif strategik yang direka bagi mengiktiraf dan mempromosikan amalan landskap mampan.


Katanya, inisiatif itu selaras dengan matlamat yang digariskan oleh Pelan Tindakan Dasar Landskap Negeri Sabah khususnya di bawah teras kelima iaitu memupuk kecintaan terhadap landskap.


“Dengan meraikan keunggulan arkitek landskap yang mematuhi prinsip mampan, kami berhasrat untuk memberi inspirasi kepada golongan profesional dan orang ramai bagi memupuk penghargaan serta stewardship (tindakan mengurus dan menjaga sesuatu dengan penuh tanggungjawab serta prihatin) yang lebih mendalam terhadap landskap di Sabah,” katanya seperti dilaporkan Bernama.


Dr Joachim menambah arkitek landskap yang luar biasa melangkaui tarikan estetik kerana ia merangkumi kelestarian, daya tahan dan rasa hormat mendalam terhadap alam semula jadi.

Kommentare


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page